iium

asalamualaikum...selamat datang kepda semua pelyar blog ini... Sebenarnya ana letakkan nama blog ana sebagai iium bukan sahaja kerana ana belajar di situ.... Tetapi iium adalah singkatan kepada (Intelligence Islamic Usrah Member)...Sebenarnya usrah ini juga ana telah tubuhkan pada tahun 2007 di SMKA YAN Kedah....Jadi ana harap dengan adanya blog ini, ahli usrah ana dapat meningkatkan lagi kemaraan bersama dalam menegakkan islam dan bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan....

About Me

My photo
Yan, Kedah, Malaysia
sukakan cabaran dan pengalaman.... gaya hidup simple and style...

Wednesday, May 19, 2010

CINTA & PERKAHWINAN

Cinta dan perkahwinan berkait rapat seperti kiambang berpaut. Kalau kiambang dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya. Hmm teringat perihal kata orang orang dulu dulu…nikah dulu baru bercinta. Tapi soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza. Kita perlu berkenalan dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa…. kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup…
meletup..Ah. ..dah kahwin..ada ada nak empat?? lagi satu paling mengejutkan. .. Terperanjat beruk terlanggar monyet.. nak jadikan bini no 4. Siapa nak jawap tu??.. bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima… kerana cinta ..tidak pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya. Ada pula berkata seperti tidak bersalah..Lelaki lebih banyak sekarang ni, tak salah kalau berpoligami dan berkongsi kasih. Oh No! macam satu kerja gila gitu. Apa perasaan anda jika berkata begitu.. lainlah si isteri begitu rela hati datang meminang pada anda untuk dijadikan madu. Seperti ada sebuah novel Madu Pilihan. ada pula tidak kira isteri orang atau suami orang…tunang orang atau matair orang sibuk nak rapat rapatkan diri.. maksudnya… jadikan diri sebagai orang ketiga or best man/women win. Tak baikkan macam itu… hish. Yang sudah berumahtangga jadi hantu nets sibuk cari spare tyre…mula mula kawan lama lama bertukar perasaan… sampai bercerai berai……. …subhanallah apa nak jadi…hargailah rumahtangga anda.. jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…susahkang ……… .

  1. yang pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai
  2. jangan ambil hak orang..suami orang atau isteri orang… jangan sekali kali main api… nanti termakan diri… carilah yang benar benar baik dan single…itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa jangan ingat … lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita kebas juga… kasihanilah mereka… Kalau hari ini lelaki itu boleh buat demikian pada pasangan mereka .. nanti terkena pada diri kita.. like karma gitu.
  3. jangan sekali kali mengambil kesempatan yang ada. sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri.
  4. sebagai wanita… kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati di sebut.
  5. fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. jadilah wanita mithali.. wanita penghuni surga. banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin

Dalam pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki
pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung.

Akhirkata Hargai cinta anda.. kalau miliki cinta yang terbaik, jangan sekali kali melepaskannya. .nanti menyesal tak sudah

renungan cinta

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye….

REnuNgan Memujuk hati


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wassalam

Kenali Wanita

Buat makluman sahabat pembaca sekalian, segala yang dinyatakan di sini hanya adalah informasi tambahan penyegar minda. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui, dan kita sebagai manusia perlu meletakkan pergantungan dan kepercayaan hanyalah kepada Allah.
Kedudukan Wanita dalam Keluarga Serta Unsur yang dikaitkan Dengannya.

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa
5) Hati yang cepat berubah-ubah