iium

asalamualaikum...selamat datang kepda semua pelyar blog ini... Sebenarnya ana letakkan nama blog ana sebagai iium bukan sahaja kerana ana belajar di situ.... Tetapi iium adalah singkatan kepada (Intelligence Islamic Usrah Member)...Sebenarnya usrah ini juga ana telah tubuhkan pada tahun 2007 di SMKA YAN Kedah....Jadi ana harap dengan adanya blog ini, ahli usrah ana dapat meningkatkan lagi kemaraan bersama dalam menegakkan islam dan bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan....

About Me

My photo
Yan, Kedah, Malaysia
sukakan cabaran dan pengalaman.... gaya hidup simple and style...

Monday, August 16, 2010

lagi klaka... hahaha

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : “??$$??”

0 comments:

Kenali Wanita

Buat makluman sahabat pembaca sekalian, segala yang dinyatakan di sini hanya adalah informasi tambahan penyegar minda. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui, dan kita sebagai manusia perlu meletakkan pergantungan dan kepercayaan hanyalah kepada Allah.
Kedudukan Wanita dalam Keluarga Serta Unsur yang dikaitkan Dengannya.

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa
5) Hati yang cepat berubah-ubah